
p/s may Allah guide me...
Posted by makLONG at 11:03 PM 2 comments
Salam.. semua
Lama dah maklong tak update...harap semuanya sihat & dalam lindungan Allah selalu.
Banyak yang maklong lalui baru-baru ni.. ujian demi ujian..itulah kehidupan kan? :)
Setiap insan punya harapan..kesenangan serta ketenangan menjalani hidup ini tanpa ada ujian.. sayang harapan itu tak pasti kerana cubaan pasti datang utk menguji sabar diri & ketaqwaan.
Sama ada kita akan tegar menjalani dengan keikhlasaan atau terjerumus dalam keputus asaan..terpulang pd kita kan? Hidup ini selamanya milik Allah..:)
Hmm..tp kadang2 bila nak buat keputusan dalam memilih jalan terbaik hidup ini, benda tu la yang menguji. Utk membuat keputusan terbaik! hayyak! susah kan? kadang ada di antara kita yang mengeluh (termasuklah maklong).."alahai..susah nye nak decide...kenapalah mesti ada pilihan?? malasnye nak buat decision...."
Betul..bukan senang nak buat keputusan..untuk menjaga semua hati..kdg2 hati sendiri terluka..
utk menjaga hati, hati org lain terluka..
Tapi..mcm mana pun kita kena buat pilihan..memang kadang2 pilihan kita salah...tapi salah tak bererti kita gagal..sebab sekurang2nya kita dh berusaha utk membuat pilihan. Jgn kerana takut utk buat pilihan, kita biarkan sesuatu menjadi sia2...selamat malam!
-maklong-
11.15 pm
Posted by makLONG at 10:07 PM 8 comments
A man once consulted the Prophet Muhammad about taking part in a military campaign. The Prophet asked the man if his mother was still living. When told that she was alive, the Prophet said: "(Then) stay with her, for Paradise is at her feet." (Al-Tirmidhi)
A man once asked the Prophet to whom he should show the most kindness. The Prophet replied: "Your mother, next your mother, next your mother, and then your father."
Selamat Hari Ibu untuk semua ibu, ummi, mama, mak, mummy, mom & bakal bergelar ibu... Anda adalah anugerah dari Allah yg sungguh bernilai & terindah :)
Berbahagialah anda menjadi seorang ibu :) :) :)
Ummi, I love u so much ummi...tq for everything, i'm so thankful to have u as my ummi dunia akhirat...
Posted by makLONG at 12:30 AM 2 comments
Salam...Good morning! Have a cheerful day everyone :)
Life never seems to be the way we want it,
But we have to live it the best way we can.
There is no perfect life,
Posted by makLONG at 7:52 AM 4 comments

Salam, my dear friend shared something with me & i love to share with all of u too~~ baca tau! :) :) thank you...
"Peranan wanita dalam menegakkan agama Allah tidak terbatas kepada aktiviti dalam rumah sahaja. Bilamana tugas asasnya sudah selesai, wanita boleh berjuang ke tengah masyarakat dalam apa jua bidang yang dia mampu asalkan dia tidak melanggar hukum syariat. Ini jelas dipaparkan oleh serikandi Islam yang berani ; "Khaulah binti Azur"
Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai lagi tegap. Dia sejak kecil sudah pandai menunggang kuda dengan cekap serta bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan tentera muslimin bersama-sama beberapa orang lagi serikandi yang sepertinya.
Khaulah telah menggemparkan angkatan tentera muslimin dalam peperangan menentang kaum kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yan menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya dari belakang ke tengah medan peperangan. Dengan sekilas hayunan pedang sahaja, tiga musuh jatuh menyemah bumi. Khaulah terus menerkam musuh-musuhnya seperti singa lapar. Satu demi satu tumbang dan Khaulah terus mara.
Panglima tentera Khalid ibnu Al-Walid serta seluruh angkatan perang tercengang-cengang melihat ketangkasan Khaulah. Meraka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut kerana hanya dua biji matanya sahaja yang kelihatan. Apabila diketahui meraka bahawa pejuang misteri tersebut adalah Khaulah, mereka merasa tercabar dan dengan itu telah membakar lagi semangat jihad mereka. Tentera muslimin seluruhnya terus menggempur musuh yang bilangan mereka berlipat kali ganda hinggalah mereka meraih kemenangan mutlak.
Sesungguhnya Khaulah telah memainkan peranan utama dalam memberi kemenangan kepada pihak Islam. Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila dia dan beberapa serikandi yang lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung selama beberapa hari serta dikawal rapi. Walaupun nampak mustahil untuk melepaskan diri, Khaulah yang jiwanya sentiasa hidup tidak mahu menyerah kalah. Lantas diapun mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.
"Wahai sahabatku-sahabatku yang sedang berjuang di jalan Allah… Apakah kalian semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah kalian semua juga sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang dilaknati itu? Relakah kalian nanti dihina dan dicaci-maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri kalian sebagai wanita muslim? Dimanakah keberanian diri kalian sebagai seorang pejuan yang rindukan Syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan diri kalian sebagai seorang Islam yang bertakwa? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom!!"
Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka semua sepakat dan bulat hati untuk menentang pengawal-pengawal yang menjaga mereka. Khaulah dan rakan-rakannya bersedia untuk mati syahid sekiranya mereka gagal untuk melepaskan diri. Mereka semua bertaubat sungguh-sungguh dan berdoa agar Allah datangkan bantuan. Khaulah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu. Dia menyandang tiga tiang kayu, siap untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada rakan-rakannya :
" Wahai saudaraku, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak meraka, hancurkan pedang mereka, baca takbir banyak-banyak dan yang penting ialah kalian mesti kuatkan hati. Insya-Allah, pertolongan Allah sudah dekat."
Berkat keyakinan mereka kepada Allah, pengawal-pengawal Rom tadi telah berjaya mereka kalahkan. Mereka berjaya melepaskan diri dan kembali kepada pasukan Islam dengan selamat. Khaulah dan rakan-rakannya disambut dengan penuh bangga kerana keberanian mereka.
Meraka adalah serikandi yang berani, tidak hanya menanti untuk diselamatkan.
Begitulah sikap serikandi yang solehah. Penggantungan mereka kepada Allah sangat kuat. Walaupun cabaran besar terpaksa dihadapi, mereka yakin dengan Maha Kuasanya Allah ; kalau mereka bantu agama Allah, Allah pasti akan membantu mereka. Bukan seperti wanita zaman sekarang, baru diejek-ejek sedikit sudah malu hendak menutup aurat, malu untuk amalkan Islam sepenuhnya kerana dipandang kolot. Apalagi kalau pintu rezeki dan nyawa terancam, mereka dengan mudah menjual agama dan maruah.
Penulis tidak bermaksud untuk menyeru semua wanita Islam mengangkat senjata dan berperang. Menjalankan tugas sebagai serikandi hendaklah mengikut kemampuan diri masing-masing. Memang tidak ramai wanita yang boleh menandingi kekuatan fizikal Khaulah, tetapi keyakinan dan keberaniannya mestilah dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliah yang telah mula menular kembali dan berakar umbi dewasa ini"
p/s Allahuakbar! Khawlah, go for it! Allah will always guard and guide u along the way insyaAllah...:) :) I'm so inspired and deeply touced after reading this~~~~ TQ soOooo much kak Mar...
Posted by makLONG at 11:00 PM 3 comments


Salam...how are you everyone?
Lets make our weekend worthwhile by fighting against Zionist the thugs!
when: saturday 9 may 2009
where: merdeka hall, PWTC
how much: rm 10 only
who: me and you!
why: mari bersatu berkerja menentang Zionist! and besides, you dont get to see these great speakers everyday.
Posted by makLONG at 7:28 AM 3 comments