Sunday, June 07, 2009

Delima...

Salam.. semua

Lama dah maklong tak update...harap semuanya sihat & dalam lindungan Allah selalu.
Banyak yang maklong lalui baru-baru ni.. ujian demi ujian..itulah kehidupan kan? :)
Setiap insan punya harapan..kesenangan serta ketenangan menjalani hidup ini tanpa ada ujian.. sayang harapan itu tak pasti kerana cubaan pasti datang utk menguji sabar diri & ketaqwaan.
Sama ada kita akan tegar menjalani dengan keikhlasaan atau terjerumus dalam keputus asaan..terpulang pd kita kan? Hidup ini selamanya milik Allah..:)

Hmm..tp kadang2 bila nak buat keputusan dalam memilih jalan terbaik hidup ini, benda tu la yang menguji. Utk membuat keputusan terbaik! hayyak! susah kan? kadang ada di antara kita yang mengeluh (termasuklah maklong).."alahai..susah nye nak decide...kenapalah mesti ada pilihan?? malasnye nak buat decision...."
Betul..bukan senang nak buat keputusan..untuk menjaga semua hati..kdg2 hati sendiri terluka..
utk menjaga hati, hati org lain terluka..
Tapi..mcm mana pun kita kena buat pilihan..memang kadang2 pilihan kita salah...tapi salah tak bererti kita gagal..sebab sekurang2nya kita dh berusaha utk membuat pilihan. Jgn kerana takut utk buat pilihan, kita biarkan sesuatu menjadi sia2...selamat malam!


-maklong-
11.15 pm